2014/04/23

moon wrasse, Tunku Abdul Rahman Park

photo by sylvain


Ikan Moon Wrasse bersais kecil biasa dilihat berenang mengunakan sirip kecil di bahagian tepi badan. Ia akan kelihatan seperti yang hendak terbang ketika berenang.
Biasanya berenang berhampiran pantai dan kawasan bercoral di Tunku Abdul Rahman Park.

Razor fish

Photo by prilfish



Razor fish
( Aeliscus Strigatus )


Razor fish juga dikenali sebagai needle fish,  biasanya berenang dalam satu kumpulan kecil.
Memakan sejenis udang yang sangat kecil ( crustaceans ).

Razor fish berenang dengan kepala sentiasa berada di bawah. Berenang mengunakan sirip yang agak kecil dan memanjang dari kepala hingga ke ekor di bahagian bawah badan.

Ikan ini berenang mengikut arah dan rentak yang sama, sangat menarik untuk dilihat. Boleh didapati di kawasan air cetek dan bercoral di Tunku Abdul Rahman Park.

2014/04/22

Sergeant Major, Tunku Abdul Rahman Park, kota Kinabalu

photo by Dave C

Sergeant Major 
( Abudefduf sexfasciatus )



Ikan Sergeant major dapat dilihat apabila melakukan aktiviti snorkeling di Taman Tunku Abdul Rahman. Selalu berada dekat dengan pantai di tempat yang cetek. Ikan Sergeant major amat jinak dan akan berenang mendekati snorkelers. Ia menjadi salah satu tarikan pelawat yang berkunjung di sini.
Pelawat tidak dibenarkan untuk memberi makanan pada ikan ikan di Taman Tunku Abdul Rahman kerana ia akan menggangu habitat semula semulajadi pada  ikan ikan tersebut.

Diving di Taman Tunku Abdul Rahman, Kota kinabalu

photo by noel perlas

 Gambar; Pemandangan dari Pulau Manukan, Pulau Sulug dapat dilihat dari jauh.

Taman Tunku Abdul Rahman terdiri daripada lima buah pulau iaitu; Pulau Sapi, Gaya, mamutik, manukan dan Sulug. Boleh dilawati dengan menaiki boat selama 15-20 minit dari Jesselton Point jetty, Kota Kinabalu.

Aktiviti yang menarik yang biasa dilakukan oleh para pelawat adalah menyelam scuba dan snorkeling. Taman Tunku Abdul Rahman boleh dilawati sepanjang tahun. Keadaan laut berombak biasanya pada hujung tahun dan pertengahan tahun.

Air laut akan menjadi sedikit sejuk pada january hingga march ( 24 celcius ) sebelum kembali semula seperti sediakala ( 30 celcius. )

Musim Jelly Fish biasanya apabila air laut menjadi sejuk,
Pelawat yang ingin berenang di Taman Tunku Abdul Rahman ini dinasihati agar memakai mask dan snorkel agar dapat melihat dengan jelas di bawah air bukan sahaja untuk tujuan keseronokan tetepi juga keselamatan.





2014/04/21

Gaint Trevally

photo by henry and tersia claasen

Gaint Trevally di Sipadan sentiasa berenang aktif memburu. Makanan utama seperti ikan, octopus. Biasanya memburu dalam satu kumpulan kecil.

2014/04/18

ikan putih

Photo by dachalan

Jack Fish ialah ikan yang biasa boleh dilihat di Sipadan, sentiasa berenang dalam satu kumpulan yang besar dan menjadi tarikan para penyelam. Snorkelers juga boleh berenang bersama Jack Fish kerana ikan ini biasanya berada di air cetek dan berhampiran dengan reef.


Napoleon fish

Photo by Teddy Fotiou


Ikan Napoleon antara ikan yang yang besar dan cantik boleh di lihat di Sipadan. Ikan ini agak pemalu dan sukar untuk di dekati.

2014/04/14

Sotong kurita

go to diving with kelly and dave

Octopus selalu menyembunyikan diri di bawah coral, hanya mengeluarkan matanya untuk mengintai..Mempunyai lapan tangan dan setiap tangan mempunyai dua baris sukers. Boleh bertukar warna mengikut keadaan alam keliling.

Octopus memakan  ketam dan udang. Musuh utama di Sipadan ialah Yu sirip putih dan ikan ikan seperti ikan merah dan ikan putih.

Pengalaman yang tidak dilupakan apabila menyelam malam di Sipadan drop off ialah  ketika melihat octopus mating ( bersenyawa ) yang di serang oleh ikan merah. Ikan merah tersebut mengigit salah satu tangan octopus jantan dan memakannya.
Kedua dua Octopus melarikan diri dan bersembunyi di dalam lobang lobang yang kecil.

( Dalam gambar: Octopus mating )

Kalau bernasip baik memang boleh melihat Octopus di Sipadan walaupun ia agak pemalu.


2014/04/13

Yu tukul


Photo by paolo burlini

Yu Tukul di Sipadan lebih suka berenang di laut dalam dan biasanya jauh dari reef., sebab itulah ia sukar di lihat. Ia juga jenis yu bermusim iaitu antara bulan dec-april, munkin disebabkan pada waktu itu suhu air laut agak sejuk.

Selalu berenang dalam kumpulan dan akan bereneng dengan laju. Penyelam biasanya hanya akan melihat Yu tukul hanya dalam beberapa saat sahaja.

Jika menyelam pada kedalaman 30-40meters di Sipadan pada bulan antara Dec-April, sekali sekala pandang ke arah luar reef, munkin bernasip baik boleh melihat Yu Tukul..



Si buding

Photo by bryan adams

Whale Shark juga dikenali sebagai Buding bagi penduduk tempatan adalah jenis ikan yang terbesar di Dunia. Boleh mencapai 15meter panjang. Namun begitu ia tidaklah merbahaya kepada penyelam. Makanan utama ialah bubuk ( udang kecil ) sotong dan ikan.

Hanya penyelam yang sangat bertuah sahaja yang dapat melihat Buding, ini kerana ia tidak tinggal di perairan Sipadan, tetapi akan sentiasa datang dan pergi munkin disebabkan oleh  sumber makanan yang ada di sesuatu tempat.

trigger fish

Photo by edoardo

Trigger fish di sipadan boleh dilihat di kawasan air yang cetek. Kawasan tempat bertelur atau sarang haruslah dielakkan kerana ikan ini akan bertindak ganas terhadap penyelam dengan menyerang mengunakan gigi depannya yang besar dan kuat. Walaupun sizenya yang kecil tapi ia boleh memberi masalah kepada penyelam dan snorkelers.

Yu Kelabu

Photo by Simonlorenz

Yu Harimau kumbang

Photo by Julie Brookman

Yu sirip putih

Photo by David Vize

Yu sirip putih adalah yu yang biasa boleh di lihat di Sipadan. Ia jenis yu yang  bersais kecil dan sentiasa berehat di atas pasir atau batu batu bawah laut.

Yu ini biasanya tidak menghiraukan akan kehadiran penyelam tetapi akan berenang pergi jika penyelam berenang mendekatinya.



Ikan kerbau

Photo by Nick Song

Baffalo fish @ ikan kerbau berenang dalam satu kumpulan. Snorkelers boleh bereneng dekat dengan ikan ini kerana ia lebih suka air cetek.

Ikan ini suka memakan permukaan batu karang mengunakan giginya yang kuat dan besar.

Kepalanya yang besar biasanya digunakan untuk menolak ikan kerbau lain dan juga untuk memecahkan coral.


Penyu di sipadan

Sipadan turtle Photo by Petter lindgren

Terdapat dua jenis penyu yang boleh dilihat di Sipadan iaitu Green turtle dan hawksbill turtle.. Green turtle yang paling banyak sekali.

Penyu penyu di sini sudah biasa dengan kehadiran para penjelam nampak jinak sekali. Walaupun didekati penyu biasanya tidak akan berenang pergi.

Penyu akan naik ke pulau sipadan pada waktu malam untuk menetaskan telur. Telur telur dikutip oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar dan dipindahkan di tempat yang dikhaskan untuk tujuan penetasan. Anak anak penyu akan dilepaskan kembali ke laut sebaik saja menetas selang beberapa bulan kemudian.

Penyu  boleh menyelam berjam jam lamanya sebelum berenang  ke permukaan laut untuk menghirup udara.

Ketika bersenyawa, penyu penyu jantan akan cuba meleraikan pasangan penyu tersebut dengan mengunakan gigitan.. Penyu penyu jantan lain akan kelihatan lebih aggressive pada waktu ini.

Biasanya jika tiada ganguan, penyu boleh melakukan persenyawaan berjam jam lamanya.

Suatu ketika, seorang penyelam wanita ( orang putih ) berteriak apabila melihat turtle bersenyawa di permukaan laut, '' TERUSKAN, TERUSKAN !!!'

Ada tambahan sikit, inda bulih pigang penyu di Sipadan sebab penyu boleh panik atau stress. Kalau penyu beranang lintang pukang bahaya juga bah tu..nanti kana langgar.



Sipadan barracuda

Sipadan barracuda photo by dachalan


Barracuda di Sipadan sentiasa berenang dalam satu kumpulan dalam jumlah yang besar. Dua dive site yang selalunya mudah untuk melihat barracuda ialah South Point dan Barracuda Point. Barracuda biasanya berenang melawan arus deras, oleh itu penyelam dinasihati mempunyai teknik selaman scuba yang baik jika hendak melihat dengan lebih dekat.


Kadang kala ia nya sukar untuk dijumpai, ini kerana Barracuda berenang jauh dari reef.

Satu perkara yang menarik ialah, kadang kala barracuda akan berenang membuat satu bulatan yang besar, jika ini berlaku para penyelam akan lebih senang untuk mendekati barracuda.

Mempunyai gigi yang tajam dan mata yang agak besar, namun begitu ia bukanlah ikan yang merbahaya kepada penyelam.

Best juga bah beranang lawan arus, macam p jogging...


Macamana mau pigi di Sipadan.

Sipadan drop off photo by bryan adam


Perjalanan menuju ke Sipadan memakan masa lebih kurang setengah hari dari kota kinabalu. Dengan menaiki pesawat dari KK ke bandar Tawau selama 45minit. Kemudian dengan menaiki bus  lebih sejam. Semporna pekan terakhir persinggahan sebelum menaiki boat ke Sipadan selama satu jam. Biasanya pelawat akan bermalam di pulau Mabul sebelum melawat sipadan pada keesokan harinya.

Mimang bestlah sini,.. kalau p snorkelingpun ok bah, tapi kalau menyelam lagi syoklah...

Sipadan dulu-dulu punya cerita bah..

sipadan island
photo by 2.0


Sipadan mula terkenal apabila beberapa buah diving company seperti borneo divers, pulau sipadan resort dan lain lain company bertapak di pulau ini.

Pulau ini terbentuk dari atas gunung berapi bawah air yang tidak akfif lagi oleh batu karang hidup sehingahlah sampai ke permukaan laut dan menjaadi sebuah pulau . proses ini memakan masa beribu ribu tahun.

Sipadan ialah sebuah pulau yang kecil, kalau berjogging keliling pulau cuma lebih kurang 6 minute. Mempunyai keluasan batu karang yang agak luas, lebih kurang dua kilometer panjang.

Kedalamannya dasar laut sedalam 600meter menjadikan sipadan adalah satu satunya pulau lautan dalam di Malaysia.

Terdapat juga sistem gua limestone dalam air. Ia agak dalam dan gelap. Ia juga dikenali sebagai pusara/kuburan penyu. terdapat banyak rangka rangka penyu yang telah mati akibat lemas kerana tidak dapat mencari jalan keluar.

Suatu ketika dulu seorang lelaki yang berasal dari kawasan berdekatan mendapat surat kebenaran daripada pihak British North Borneo untuk memungut telur di Sipadan.
Tidak diketahui apa yang sudah berlaku pada pemungut telur Sipadan ini??

Terdapat cerita cerita yang tidak pasti kebenaran nya, dahulukala Sipadan menjadi persinggahan lanun lanun laut??
 Cerita cerita orang halus memang biasa didengar di Sipadan cuma dikalangan pekerja pekerja diving resort. Orang halus seperti wanita baju putih berrambut panjang, orang tinggi pernah dilihat oleh segelintir pekerja di sipadan.

Dua rakan sekerja memberi tahu saya yang mereka pernah terjumpa perempuan baju putih, rambut panjang pada waktu tengah malam di sipadan. Oleh kerana menyangkakan makhluk itu adalah seorang pelancung, mereka cuba menyapa tetapi tidak mendapat jawapan. Apabila dekat mereka dapat melihat dengan jelas muka tampa hidung, mata mulut. berrambut panjang, memakai baju putih sehinggah paras lutut, mempunyai betis yang agak besar dan tidak menyentuh tanah.

Selepas menyedari bahawa pelancong itu adalah makhluk halus merekapun bergeges pergi. keesokkan harinya kedua dua rakan sekerja itu jatuh sakit, mungkin terkena kejutan..??

Penyamun Abu Sayyaf pernah menceroboh dan menculik pelancong dan pekerja resort Sipadan.. Semua tawanan selamat selepas dilepaskan oleh lanun Abu Sayyaf setelah beberapa bulan dalam tahanan mereka.
Detik paling hitam dalam sejarah Sipadan.

Sipadan juga menjadi rebutan daripada negara jiran Indonesia. Kemudian Sipaadan disahkan milik malaysia oleh mahkamah antarabangsa berpusat di Eropah.

Awal 2000 semua resort diarahkan berpindah daripada Sipadan atas sebab sebab pemulihan alam semula jadi di sipadan. Selain itu jumlah pelawat juga telah dihadkan.

Pada masa ini para pelawat yang hendak melawat sipadan biasanya akan menginap di pulau mabul, iaitu pulau yang berdekatan.

 Tapi kalau nampak ikan ikam di Sipadan, apa apa antupun ko inda paduli suda tu..