2014/04/13

Sipadan dulu-dulu punya cerita bah..

sipadan island
photo by 2.0


Sipadan mula terkenal apabila beberapa buah diving company seperti borneo divers, pulau sipadan resort dan lain lain company bertapak di pulau ini.

Pulau ini terbentuk dari atas gunung berapi bawah air yang tidak akfif lagi oleh batu karang hidup sehingahlah sampai ke permukaan laut dan menjaadi sebuah pulau . proses ini memakan masa beribu ribu tahun.

Sipadan ialah sebuah pulau yang kecil, kalau berjogging keliling pulau cuma lebih kurang 6 minute. Mempunyai keluasan batu karang yang agak luas, lebih kurang dua kilometer panjang.

Kedalamannya dasar laut sedalam 600meter menjadikan sipadan adalah satu satunya pulau lautan dalam di Malaysia.

Terdapat juga sistem gua limestone dalam air. Ia agak dalam dan gelap. Ia juga dikenali sebagai pusara/kuburan penyu. terdapat banyak rangka rangka penyu yang telah mati akibat lemas kerana tidak dapat mencari jalan keluar.

Suatu ketika dulu seorang lelaki yang berasal dari kawasan berdekatan mendapat surat kebenaran daripada pihak British North Borneo untuk memungut telur di Sipadan.
Tidak diketahui apa yang sudah berlaku pada pemungut telur Sipadan ini??

Terdapat cerita cerita yang tidak pasti kebenaran nya, dahulukala Sipadan menjadi persinggahan lanun lanun laut??
 Cerita cerita orang halus memang biasa didengar di Sipadan cuma dikalangan pekerja pekerja diving resort. Orang halus seperti wanita baju putih berrambut panjang, orang tinggi pernah dilihat oleh segelintir pekerja di sipadan.

Dua rakan sekerja memberi tahu saya yang mereka pernah terjumpa perempuan baju putih, rambut panjang pada waktu tengah malam di sipadan. Oleh kerana menyangkakan makhluk itu adalah seorang pelancung, mereka cuba menyapa tetapi tidak mendapat jawapan. Apabila dekat mereka dapat melihat dengan jelas muka tampa hidung, mata mulut. berrambut panjang, memakai baju putih sehinggah paras lutut, mempunyai betis yang agak besar dan tidak menyentuh tanah.

Selepas menyedari bahawa pelancong itu adalah makhluk halus merekapun bergeges pergi. keesokkan harinya kedua dua rakan sekerja itu jatuh sakit, mungkin terkena kejutan..??

Penyamun Abu Sayyaf pernah menceroboh dan menculik pelancong dan pekerja resort Sipadan.. Semua tawanan selamat selepas dilepaskan oleh lanun Abu Sayyaf setelah beberapa bulan dalam tahanan mereka.
Detik paling hitam dalam sejarah Sipadan.

Sipadan juga menjadi rebutan daripada negara jiran Indonesia. Kemudian Sipaadan disahkan milik malaysia oleh mahkamah antarabangsa berpusat di Eropah.

Awal 2000 semua resort diarahkan berpindah daripada Sipadan atas sebab sebab pemulihan alam semula jadi di sipadan. Selain itu jumlah pelawat juga telah dihadkan.

Pada masa ini para pelawat yang hendak melawat sipadan biasanya akan menginap di pulau mabul, iaitu pulau yang berdekatan.

 Tapi kalau nampak ikan ikam di Sipadan, apa apa antupun ko inda paduli suda tu..














0 件のコメント:

コメントを投稿