go to diving with kelly and dave
Octopus selalu menyembunyikan diri di bawah coral, hanya mengeluarkan matanya untuk mengintai..Mempunyai lapan tangan dan setiap tangan mempunyai dua baris sukers. Boleh bertukar warna mengikut keadaan alam keliling.
Octopus memakan ketam dan udang. Musuh utama di Sipadan ialah Yu sirip putih dan ikan ikan seperti ikan merah dan ikan putih.
Pengalaman yang tidak dilupakan apabila menyelam malam di Sipadan drop off ialah ketika melihat octopus mating ( bersenyawa ) yang di serang oleh ikan merah. Ikan merah tersebut mengigit salah satu tangan octopus jantan dan memakannya.
Kedua dua Octopus melarikan diri dan bersembunyi di dalam lobang lobang yang kecil.
( Dalam gambar: Octopus mating )
Kalau bernasip baik memang boleh melihat Octopus di Sipadan walaupun ia agak pemalu.
0 件のコメント:
コメントを投稿