Photo by Petter lindgren
Terdapat dua jenis penyu yang boleh dilihat di Sipadan iaitu Green turtle dan hawksbill turtle.. Green turtle yang paling banyak sekali.
Penyu penyu di sini sudah biasa dengan kehadiran para penjelam nampak jinak sekali. Walaupun didekati penyu biasanya tidak akan berenang pergi.
Penyu akan naik ke pulau sipadan pada waktu malam untuk menetaskan telur. Telur telur dikutip oleh kakitangan Jabatan Hidupan Liar dan dipindahkan di tempat yang dikhaskan untuk tujuan penetasan. Anak anak penyu akan dilepaskan kembali ke laut sebaik saja menetas selang beberapa bulan kemudian.
Penyu boleh menyelam berjam jam lamanya sebelum berenang ke permukaan laut untuk menghirup udara.
Ketika bersenyawa, penyu penyu jantan akan cuba meleraikan pasangan penyu tersebut dengan mengunakan gigitan.. Penyu penyu jantan lain akan kelihatan lebih aggressive pada waktu ini.
Biasanya jika tiada ganguan, penyu boleh melakukan persenyawaan berjam jam lamanya.
Suatu ketika, seorang penyelam wanita ( orang putih ) berteriak apabila melihat turtle bersenyawa di permukaan laut, '' TERUSKAN, TERUSKAN !!!'
Ada tambahan sikit, inda bulih pigang penyu di Sipadan sebab penyu boleh panik atau stress. Kalau penyu beranang lintang pukang bahaya juga bah tu..nanti kana langgar.
0 件のコメント:
コメントを投稿