2014/04/13

Sipadan barracuda

Sipadan barracuda photo by dachalan


Barracuda di Sipadan sentiasa berenang dalam satu kumpulan dalam jumlah yang besar. Dua dive site yang selalunya mudah untuk melihat barracuda ialah South Point dan Barracuda Point. Barracuda biasanya berenang melawan arus deras, oleh itu penyelam dinasihati mempunyai teknik selaman scuba yang baik jika hendak melihat dengan lebih dekat.


Kadang kala ia nya sukar untuk dijumpai, ini kerana Barracuda berenang jauh dari reef.

Satu perkara yang menarik ialah, kadang kala barracuda akan berenang membuat satu bulatan yang besar, jika ini berlaku para penyelam akan lebih senang untuk mendekati barracuda.

Mempunyai gigi yang tajam dan mata yang agak besar, namun begitu ia bukanlah ikan yang merbahaya kepada penyelam.

Best juga bah beranang lawan arus, macam p jogging...


0 件のコメント:

コメントを投稿